Saya merupakan seorang blogger amatur dan sudah biasa melakukan kerja penulisan bebas serta berkecimpung dalam alam blog lebih 3 tahun secara serius. Boleh rujuk kepada http://jejalan2je.blogspot.com. Memandangkan ini merupakan pertama kali percubaan saya dalam bidang kerja online dan berkaitan pula dengan skill blog, maka bolehkah saya tahu apa tujuan dan kehendak pihak encik /puan /cik untuk tugasan ini?
Untuk makluman,saya melakukan kerja online ini kebiasaannya selepas waktu pejabat (pukul 8 malam ke atas) dan pada waktu cuti dan hujung minggu.
Tulisan bebas itu seboleh bolehnya tidak menyentuh isu perkauman dan agama serta lucah. Itu syarat yang saya kenakan.
Saya menggunakan Bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar memandangkan pihak encik/puan/cik juga menggunakan Bahasa Malaysia dalam Project Description oleh pihak www.freelancer.com ini.
Jika pihak encik/puan/cik ada sebarang pertanyaan,saya sedia menjawab.
Sekian,Terima kasih.